Sunday, 1 January 2012
PERMULAAN KATA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia...Tujuan dan agenda utama diwujudkan blog ini adalah sebagai tanda kesyukuran diri ini kepada Allah kerana telah diberikan anugerah dan rezeki serta matlamat untuk terus berjaya di dalam bidang yang saya minati selama ini iaitu membuat kek dan gubahan hantaran perkahwinan....sebagai suri rumah sepenuh masa selain menjaga anak-anak,saya juga telah mula melibatkan diri di dalam bidang perniagaan untuk menambahkan sumber pendapatan bagi keluarga dan masa depan..Bidang yang saya amat minati dan sukai adalah membuat kek dan gubahan hantaran perkahwinan.Oleh kerana sekarang ini terdapat persaingan yang cukup sengit di dalam bidang tersebut hanya satu perkara sahaja yang menjadi keutamaan para pelanggan..nak tahu apa?..Jika membuat kek,kesedapan dan citarasa kek tersebut menjadi keutamaan...Pelanggan tentu akan mendapatkan tempahan kek kerana rasanya yang sedap....harganya serta penampilan kek tersebut samada menarik atau tidak.Jika rasa kek tersebut adalah sedap tentu para pelanggan akan terus menerus mencari kek kita walau jauh sekali pun...pada masa tersebut soal harga tidak lagi menjadi masalah besar kerana kesedapan dan rasa kek tersebut telah menguasai minda.Harga pula tertakluk kepada naik turun harga barang di negara ini...itu memang tak leh nak elak ...dah jadi trend...asal masalah sikit naik harga...masalah jer..harga naik..emmm....Untuk hantaran perkahwinan pula pelanggan akan mendapatkan tempahan yang termoden dan terkini selain tepersona dengan idea-idea baru yang cukup mengkagumkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment